Sunday, December 14, 2008

Kegiatan ekonomi


Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.
Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau.

Kepercayaan


Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme, di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar ugama
Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Tempat menetap


Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti memancing dan sebagainya.
Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang penghulu rumah panjang.
Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah
rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.
Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam sperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya

Tradisi


Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di lanun atau di serang oleh orang luar, seperti orang orang Iban, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata, tetapi sebenarnya, menurut kepercayaan, dengan membawa kepala musuh itu ke kampung dan digantung di dalam bilik, akan membawa semangat perang atau menambah kekuatan musuh diserap ke dalam jiwa pahlawan tersebut. [Palo ale' dau ji, nta e tisen un dau du bada' meki]

Asal Usul


Sepanjang Ulu Sungai Baram adalah merupakan tempat asalnya Orang Kenyah dimana pusatnya adalah di Long San. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama dengan budaya Orang Kayan di mana satu lagi suku etnik yang terdapat di Sarawak. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.
Pada lewat
abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Keyan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Kenyah



Kaum Kenyah ialah salah satu kaum orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum Kayan serta di bawah golongan yang lebih umum, iaitu kaum Bahau.